Kami menyokong pelayar, bukan dinosaur. Sila kemas kini pelayar anda jika anda ingin melihat kandungan laman web ini dengan betul.
Skip to main content

Avast Driver Updater

Kekalkan komputer anda dan aksesorinya berjalan dengan lancar. Cubalah perisian Avast Driver Updater secara percuma untuk mengimbas, mengemas kini, dan membaiki pemacu PC anda dengan mudah – kad kredit tidak diperlukan.
Mengimbas pemacu lapuk secara automatik
Pelayaran dan muat turun yang lebih lancar
Kurang isu perkakasan dan sistem
Kurang beku dan ranap
Audio yang lebih baik dan grafik yang lebih tajam

Mengimbas lebih daripada 60 juta pemacu secara automatik bagi mencari yang tepat untuk peranti anda

Driver Updater mengesan pemacu yang lama, rosak, hilang atau usang, membaiki pepijat dan kelemahan serta membuat sandaran dan memulihkan pemacu semasa.

Pemacu yang terdedah ialah risiko keselamatan yang ketara

Pemacu ialah program yang kadangkala boleh rosak atau mengandungi jurang keselamatan. Jurang ini boleh dieksploitasi oleh penyerang untuk mengakses data anda atau membuat perubahan pada sistem pengendalian anda. Driver Updater membantu melindungi anda dengan mengimbas kelemahan, mengenal pasti pemacu lapuk atau rosak, dan memaklumkan kepada anda sebaik sahaja kemas kini selamat tersedia.

70% kurang ranap dan beku

Tingkatkan prestasi PC anda dengan mudah. Pemacu yang rosak dan lama adalah penyebab utama berlakunya ranap sistem, beku dan skrin biru. Driver Updater mencari versi pemacu terkini untuk kestabilan maksimum dengan mengurangkan pepijat, masalah sambungan, isu tetikus atau pencetak.

Dapatkan grafik yang lebih tajam

Kemas kini pemacu grafik untuk meningkatkan prestasi dan menikmati gambar yang lebih tajam dalam permainan, Realiti Maya, aplikasi multimedia, penstriman, dan penyuntingan media.

Baiki masalah bunyi, pencetak dan rangkaian dengan cepat

Tiada bunyi yang keluar dari pembesar suara anda? Wi-Fi sentiasa putus? Pencetak tiba-tiba tidak berfungsi? Driver Updater menyelesaikan gangguan ini.

Selesaikan isu pemacu dengan cepat

Avast telah menambah Pembantu pada Driver Updater. Pembantu membantu anda dengan mengemas kini pemacu khusus berdasarkan jenis masalah yang dihadapi oleh anda dan apabila masalah mula berlaku. Selepas menyelesaikan proses dengan bantuan Pembantu, aksesori sepatutnya berfungsi semula dengan betul.

Pasang pemacu dengan lancar daripada lebih 1,300 jenama utama

Imbasan satu klik kami memudahkan anda mencari pemacu yang anda perlukan untuk pencetak, pengimbas, kamera, pembesar suara, papan kekunci, penghala dan peranti lain.

Padat dengan ciri

Mengimbas komputer anda untuk mengesan pemacu yang rosak, hilang dan usang
Pemeriksaan keselamatan oleh Makmal Virus Avast untuk memastikan setiap pemacu selamat dan terjamin sebelum dipasang pada PC anda
Memeriksa lebih daripada 300,000 peranti perkakasan
Mengimbas kemas kini terkini dalam masa nyata
Mewujudkan dan mengekalkan profil PC anda yang unik untuk akses pantas ke pemacu yang anda perlukan
Menyandarkan pemacu anda untuk membantu mengembalikan perubahan yang tidak dikehendaki
Mengelak masalah perkakasan dengan proses pemasangan berskala
Avast Driver Updater

Penyelesaian pemacu PC untuk prestasi dan ketersambungan yang dipertingkat

Anda mungkin masih tertanya-tanya...

Surat berita
Tutup
Hampir selesai!
Lengkapkan pemasangan dengan mengklik fail yang anda muat turun dan mengikut arahan.
Memulakan muat turun ...
Perhatian: Jika muat turun anda tidak bermula secara automatik, sila klik di sini.
Klik fail ini untuk mula memasang Avast.
Tutup