Penjimatan ruang dipermudahkan — menggunakan pembersih Mac kami
Dapatkan semula ruang dan tingkatkan prestasi dengan Avast Cleanup Premium untuk Mac yang lebih bersih, lebih pantas dan berjalan dengan lebih lancar.
Jadikan Mac anda berprestasi seperti baru:
Bersihkan sarap untuk mendapatkan lebih ruang storan.
Nikmati prestasi Mac yang lebih pantas.
Bersihkan pelayar anda untuk lebih privasi.
Mac semakin kehabisan ruang? Buang sampah digital
Apabila ruang pemacu semakin berkurangan, jangan hapuskan fail anda yang berharga. Avast Cleanup Premium untuk Mac mengimbas cakera keras anda untuk mengesan fail sarap yang tersembunyi, mencari pendua yang tidak pernah anda ketahui dan memastikan Mac anda berjalan dengan lancar.
Penyahpasang aplikasi
Pembersih Cakera
Pembersih Foto
Pencari pendua
Pembersih pelayar
Menghapuskan aplikasi Mac yang membazir. Tanpa kesan.
Penyahpasang kami yang serba baharu mengesan semua saki baki data dan menyahpasangnya secara menyeluruh untuk membantu membersihkan Mac. Kami mengesan aplikasi yang sudah lama tidak digunakan dan aplikasi yang banyak menggunakan ruang pada cakera anda.
Bagaimakah cara untuk mengalih keluar semua data apl yang membazir?
Mengalih keluar data aplikasi yang membazir
Penghapusan menyeluruh
Walaupun selepas anda menyahpasang aplikasi, ia boleh meninggalkan data. Penyahpasang Aplikasi kami mengalih keluar semua data aplikasi membazir daripada ciri “Sambung Semula” Mac anda dan fail bekas aplikasi.
Besar & lama
Aplikasi yang tidak digunakan boleh menyebabkan kitaran pemproses yang membazir, menghabiskan memori dan memenuhkan cakera keras anda. Penyahpasang Aplikasi mengimbas MacBook atau iMac untuk mengesan aplikasi yang banyak menggunakan ruang – dan boleh dihapuskan dengan selamat!
Ribuan fail sarap. Dihapuskan dengan satu klik
Di sebalik cakera keras anda, macOS dan aplikasi anda mencipta ribuan fail sementara serta cache data yang diperlukan untuk berfungsi – tetapi kemudian tertinggal untuk dihapuskan. Di sinilah Avast Cleanup Premium untuk Mac menjalankan tugasnya. Kami melakukan imbasan mendalam pada Mac anda dan menghapuskan fail yang tidak diperlukan lagi.
Apa yang kami bersihkan?
Perkara yang kami bersihkan:
Laporan ranap dan fail sarap
MacOS dan aplikasi pihak ke-3 mencipta fail sementara yang tidak begitu kritikal secara automatik tetapi membazirkan banyak ruang cakera. Fail ini termasuk saki-baki data daripada aplikasi yang mungkin telah dinyahpasang lama dahulu atau program seperti Xcode atau Safari.
Cache pelayar
Pelayar Safari®, Chrome® dan Firefox® menyimpan fail sementara dan kuki yang tidak kritikal dalam folder cache. Memadamkan cache ini bukan sahaja dapat mengosongkan ruang pemacu tetapi dapat membantu melindungi privasi anda.
Tugas berjadual
Perisian anda sering menetapkan jadualnya sendiri dan boleh dimulakan secara tiba-tiba, menghabiskan sumber dan memperlahankan PC anda.
Sampah
Membuang fail tidak menghapuskannya. Hapuskan fail yang telah dilupakan dalam tong kitar semula macOS anda.
Muat Turun
Masih ingat satu foto anda di sekolah menengah dengan potongan rambut yang buruk yang anda muat turun daripada Facebook orang lain 4 tahun lalu? Ya, foto itu masih ada...
Sarap Pemacu Luaran
Fail sistem yang ditambahkan oleh macOS pada fail luaran yang diformatkan untuk sistem pengendalian lain. Fail-fail ini boleh dihapuskan dengan selamat untuk mengosongkan ruang.
Bersihkan pustaka foto anda
Imbas seluruh galeri foto anda untuk mencari dan membersihkan:
Foto serupa
Kami mencari semua foto yang kelihatan (atau hampir) serupa, memilih foto yang kami rasa paling baik dan memudahkan pemadaman foto lain.
Foto teruk
Kami akan mencari sebarang foto dalam galeri yang kurang (atau terlebih) dedahan dan kabur supaya anda boleh menghapuskannya dengan cepat berbanding anda mencarinya secara manual.
Anda yang menentukan bahan yang hendak disimpan dan yang hendak dihapuskan.
Perangi klon dan menang setiap kali
Bekerja dengan dokumen, foto, video atau muat turun yang banyak? Maka, anda mesti sudah tahu semuanya tentang fail pendua yang sukar dicari yang berserak di seluruh cakera anda. Kawal Mac anda: cari semua fail pendua anda dan hapuskan fail yang tidak diperlukan.
Tech corner
Perkara ini berlaku kepada ramai daripada kita: Anda memuat turun fail dua kali, anda terlupa tentang salinan foto yang anda sunting, anda menyandarkan projek video yang besar... Pendua wujud dalam Mac tanpa disedari telah bazirkan gigabait untuk klon tidak diperlukan.
Pencari Pendua mengimbas untuk mencari fail tidak diperlukan. Gunakan saiz fail, tarikh an pratonton kami untuk menentukan kon yang anda perlukan – dan klon yang hendak dihapuskan selama-lamanya.
Tunjukkan lagi
Pencari Pendua mengimbas untuk mencari fail tidak diperlukan. Gunakan saiz fail, tarikh an pratonton kami untuk menentukan kon yang anda perlukan – dan klon yang hendak dihapuskan selama-lamanya.
Pembersih Pelayar
Pelayar anda boleh merekodkan butiran aktiviti dalam talian dan data peribadi anda yang ditemui dalam kuki, sejarah pelayaran. log masuk atau cache. Tetapkan pembersihan automatik sejarah pelayaran Mac anda dijalankan sekerap yang anda pilih dan ingat – semakin banyak anda membersihkan pelayar anda, semakin peribadi dan selamat data anda nanti.
Anda berpendapat Mac bebas serakan? Fikirkan semula
Kajian kami menunjukkan bahawa purata pengguna mempunyai:
7 GB
foto teruk
8 GB
data sarap
3 GB
fail pendua
Tingkatkan PC dan peranti Android anda
Avast Cleanup untuk PC
Dapatkan senjata canggih kami untuk menyelenggara, meningkatkan, membersihkan dan menyelesaikan masalah komputer riba atau desktop PC Windows. Ia termasuk teknologi yang dipatenkan untuk mengembalikan PC anda seperti Hari Pertama.
Avast Cleanup untuk Android
Mengesan saki-baki data, aplikasi yang menyusutkan bateri yang tersembunyi dan membantu anda mengatur telefon anda. Ia juga mengesan foto yang kabur dan buruk untuk anda hapuskan! Dapatkan lebih kelajuan, ruangan dan penyusunan dalam beberapa klik.
Cleanup Premium untuk Mac
Bersihkan Mac anda dengan menyeluruh. Setiap hari
Jadikan Mac anda berprestasi seperti baru:
Bersihkan sarap untuk mendapatkan lebih ruang storan.
Nikmati prestasi Mac yang lebih pantas.
Bersihkan pelayar anda untuk lebih privasi.